HUAWEI lancar promosi Hari Raya dengan diskaun sehingga 50%

HUAWEI Malaysia menyambut musim Hari Raya yang bakal tiba dengan jualan terhad yang menawarkan diskaun besar untuk peranti terpilih. Bermula dari 24 Mac jam 8 malam hingga 25 Mac 2025, promosi ini memberikan potongan harga sehingga 50% dan penjimatan sehingga RM1,000 untuk pelbagai produk HUAWEI.
Antara barangan yang terlibat adalah telefon pintar boleh lipat HUAWEI Mate X6 yang menerima potongan harga daripada RM8,688 kepada RM7,688, menawarkan diskaun sebanyak RM1,000. MatePad 11.5” S PaperMatte Edition, yang terkenal dengan paparan anti-silau, kini berharga RM1,999, turun daripada RM2,499 sepanjang tempoh promosi.
Bagi pelanggan yang mencari tablet standard, MatePad 11.5 New Standard Edition dikekalkan harganya pada RM1,299 tetapi kini didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,496.
Jam tangan pintar terbaru HUAWEI, Watch GT 5, boleh didapati pada harga RM849, turun daripada harga asal RM1,099. Sementara itu, fon telinga wayarles FreeBuds 6i kini berharga RM269, berbanding harga asal RM399.
Untuk meneroka lebih banyak tawaran semasa promosi, layari laman web rasmi HUAWEI.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!