Laman Utama / Gajet / HONOR lancar MagicBook X14 baharu di Malaysia; Harga rasmi RM2,499

HONOR lancar MagicBook X14 baharu di Malaysia; Harga rasmi RM2,499


By Alyaa Najwa April 11, 2025
HONOR MagicBook X14

Model terkini HONOR MagicBook X14 kini rasmi di Malaysia. Tambahan terbaharu dalam siri MagicBook ini hadir dengan pemproses Intel Core i5-13420H, disokong oleh Intel UHD Graphics. Untuk pasaran tempatan, laptop ini hanya tersedia dalam satu konfigurasi, iaitu 8GB LPDDR4x RAM dan 512GB SSD.

Dari segi paparan, MagicBook X14 menampilkan panel IPS 14” dengan nisbah aspek 16:10 dan resolusi 1920×1200. Paparan ini juga disahkan oleh TÜV Rheinland untuk Low Blue Light dan Flicker Free, menjadikannya selesa untuk penggunaan jangka panjang. Di bahagian bezel atas, terdapat kamera HD 720p untuk tujuan persidangan video.

HONOR Eye Comfort Display

Menurut HONOR, laptop ini mampu bertahan sehingga 8.5 jam penstriman video 1080p dengan bateri 42Wh terbina dalam. Untuk pengecasan, pengecas SuperCharge 65W mampu mengisi penuh bateri ke 100% dalam masa 83 minit.

HONOR MagicBook X14

Dari segi sambungan, laptop ini dilengkapi satu port HDMI, dua port USB-A 3.2, dan satu port USB-C. Ia turut menyokong Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1 untuk sambungan tanpa wayar yang stabil.

HONOR MagicBook X14 akan mula dijual bermula 11 April 2025, dengan harga rasmi RM2,499 di Malaysia. Pelanggan terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM508, termasuk langganan Microsoft 365 selama 1 tahun dan sebuah beg galas.

Harga HONOR MagicBook X14 di Malaysia

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!