Laman Utama / Gajet / HONOR 400 Lite dilancarkan dengan Butang Kamera AI seakan fungsi Kawalan Kamera Apple

HONOR 400 Lite dilancarkan dengan Butang Kamera AI seakan fungsi Kawalan Kamera Apple


By PriceShop News April 28, 2025
HONOR 400 Lite

HONOR Malaysia telah mengumumkan pelancaran HONOR 400 Lite. Peranti ini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dalam satu varian sahaja, iaitu dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman, dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 7025-Ultra.

HONOR 400 Lite hadir dengan paparan AMOLED 6.7 inci beresolusi FHD+ (2412×1080 px), kadar segar semula 120Hz, dan tahap kecerahan maksimum sehingga 3,500nits. Dari segi pengimejan, peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP serta kamera 5MP untuk sudut lebar dan kedalaman, manakala kamera hadapan menawarkan sensor 16MP.

Spesifikasi HONOR 400 Lite

Butang Kamera AI khusus disertakan, membolehkan pengguna mengetik sekali untuk membuka kamera, mengetik lagi untuk mengambil foto, tekan dan tahan untuk merakam video, serta geser sedikit untuk zoom. Jika fungsi ini kedengaran biasa, ia sebenarnya mirip Camera Control yang diperkenalkan Apple pada siri iPhone 16.

Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 5,230mAh yang menyokong pengecasan berwayar 35W. Ciri tambahan lain termasuklah ketahanan debu dan air dengan penarafan IP65, ketahanan jatuh setinggi 1.8m, sambungan Wi-Fi 5, dan Bluetooth 5.3. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna: Velvet Grey dan Marrs Green.

Harga HONOR 400 Lite di Malaysia

Harga HONOR 400 Lite di Malaysia

Di Malaysia, HONOR 400 Lite dijual pada harga RM1,299. Pembelian semasa tempoh pelancaran akan menerima lanjutan jaminan 1 tahun bernilai RM99 secara percuma serta rebat segera RM200. Peranti ini boleh didapati melalui laman rasmi HONOR.

Pelanggan juga boleh mendapatkan peranti ini melalui pelan telco, di mana Yes 5G menawarkannya serendah RM5 sebulan, manakala Maxis dan U Mobile memberikannya secara percuma menerusi pelan Maxis Postpaid 109 dan U Family atau U Postpaid.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!