GXBank Uji Produk Insurans Kereta Baharu Yang Boleh Diperbaharui Dalam 3 Ketikan

Bank digital GXBank kini sedang menguji produk insurans kereta yang mudah diperbaharui dengan sokongan Zurich Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pembaharuan insurans terus melalui aplikasi GXBank, menjadikan urusan lebih ringkas dan lancar untuk pelanggan.
Ini melibatkan pengenalan proses Pembaharuan Tiga Ketikan bagi mempercepatkan prosedur, membolehkan pengguna mendapatkan sebut harga insurans dalam kurang daripada satu minit dengan menggunakan data pelanggan sedia ada dalam aplikasi. Pengguna juga boleh memilih tambahan – seperti pembaharuan cukai jalan digital – dan membuat bayaran terus daripada Akaun GX mereka dalam aplikasi GXBank.

GXBank menyatakan bahawa insurans kereta ini akan menawarkan pelbagai manfaat, termasuk tuntutan kemalangan dalam masa 1 jam melalui WhatsApp (untuk tuntutan di bawah RM3,000), bantuan tepi jalan 24/7 percuma, dan perlindungan cermin hadapan sehingga RM200 tanpa kos tambahan.

Program insurans kereta GXBank ini masih di peringkat perintis dan akan dilancarkan secara berperingkat kepada 6,000 pelanggan di seluruh Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak syarikat mengumpul maklum balas dan menambah baik produk sebelum pelancaran rasmi.
Pengguna yang mendaftar boleh menikmati pulangan tunai RM20 untuk Insurans Kereta, pengecualian bayaran RM10 untuk Cukai Jalan Digital, serta bantuan dan penundaan jalan tanpa had – semuanya hanya dengan RM38. Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi GXBank.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

