Laman Utama / Gaya Hidup / Electrolux tawar bantuan kepada keluarga terjejas insiden paip gas Putra Heights

Electrolux tawar bantuan kepada keluarga terjejas insiden paip gas Putra Heights


By Alyaa Najwa April 11, 2025
Letupan paip gas Putra Heights
Sumber Imej: New Straits Times

Electrolux Malaysia telah melancarkan satu inisiatif khas bagi membantu keluarga yang terjejas akibat insiden letupan paip gas baru-baru ini di Putra Heights. Menerusi pengumuman di saluran media sosial rasminya, Electrolux memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan beberapa bentuk bantuan khas, termasuk:

  • Tuntutan jaminan dan pembaikan secara percuma
  • Diskaun sehingga 50% untuk pembaikan peralatan yang tidak lagi dalam jaminan, termasuk penggantian alat ganti Electrolux (tertakluk kepada ketersediaan)
  • Pilihan pembelian semula untuk produk yang tidak boleh dibaiki, dengan potongan harga sehingga 50% daripada harga runcit yang disyorkan (RRP)
Inisiatif Electrolux kepada mangsa letupan paip gas Putra Heights
Image Source: Electrolux

Dengan menyediakan perkhidmatan ini, Electrolux berharap dapat meringankan beban mangsa yang sedang dalam proses pemulihan. Mangsa yang ingin menghubungi Electrolux boleh berbuat demikian melalui emel malaysia.customercare@electrolux.com atau hubungi 1-300-88-1122.

Sebagai makluman semula, satu letupan besar melibatkan paip gas telah berlaku pada pagi 1 April 2025, menghasilkan nyalaan api setinggi 30 meter. Walaupun tiada kematian dilaporkan, beberapa rumah di kawasan kediaman berdekatan mengalami kerosakan akibat haba melampau, dengan 81 buah rumah musnah sepenuhnya (kerosakan struktur melebihi 40%).

Sumber: [1] Electrolux Malaysia, [2] The Star, [3] Free Malaysia Today

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!