Laman Utama / Gajet / CMF bakal lancar Phone 2 Pro dan tiga model earbuds baharu pada 28 April

CMF bakal lancar Phone 2 Pro dan tiga model earbuds baharu pada 28 April


By Alyaa Najwa April 9, 2025

Sub-jenama kepada Nothing, iaitu CMF, telah mengumumkan bahawa 28 April 2025 akan menjadi tarikh pelancaran rasmi untuk CMF Phone 2 Pro. Pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 malam waktu Malaysia.

Bersama pelancaran CMF Phone 2 Pro, jenama ini juga akan memperkenalkan produk audio baharu dalam barisannya — iaitu Buds 2, Buds 2a dan Buds 2 Pro. Tidak banyak yang telah didedahkan setakat ini, kecuali kemungkinan besar Phone 2 Pro akan mengekalkan konsep modular seperti CMF Phone 1. Spekulasi ini timbul berdasarkan paparan dekat yang menunjukkan seakan-akan skru, menyerupai rekaan pada Phone 1.

CMF by Nothing
Sumber Imej: CMF

Untuk earbuds pula, nampaknya pengguna bakal berdepan dengan kekeliruan nama model sekali lagi. Secara ringkas, model Buds 2, Buds 2a, dan Buds 2 Pro akan menyertai barisan sedia ada yang terdiri daripada Buds Pro 2, Buds Pro, dan Buds. Bukan sahaja terdapat model ‘a’ yang baharu, tetapi juga model ‘Plus’ yang dijangka akan diperkenalkan.

Berdasarkan rekod dari syarikat induk Nothing, model ‘a’ biasanya merupakan varian lite kepada model asas, manakala ‘Plus’ kemungkinan besar adalah model paling premium dalam siri tersebut.

Setakat ini, tiada butiran lanjut yang didedahkan, tetapi pengguna boleh menjangkakan lebih banyak teaser dan maklumat akan dikongsi melalui saluran rasmi CMF di Instagram dan X dalam masa terdekat.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!