Laman Utama / Gajet / Apple Powerbeats Pro 2 dilengkapi Pemantauan Kadar Denyutan Jantung; Berharga RM1,049

Apple Powerbeats Pro 2 dilengkapi Pemantauan Kadar Denyutan Jantung; Berharga RM1,049


By Alyaa Najwa Februari 12, 2025
Warna Powerbeats Pro 2

Ketika orang ramai sedang menantikan kehadiran iPhone SE 4, Apple akhirnya melancarkan… Powerbeats Pro 2. Walaupun ianya bukan iPhone SE, namun anda tidak perlu risau kerana iPhone SE baharu tetap dalam perancangan. Tetapi buat masa ini, fon kepala tanpa wayar, Powerbeats Pro 2 yang akan menjadi rebutan para penggemar Apple.

Meneruskan legasi Powerbeats Pro pertama yang dikeluarkan pada 2019, Powerbeats Pro 2 hadir dengan pelbagai peningkatan dan tambahan yang menarik. Sebagai permulaan, Apple mengatakan bahawa fon kepala ini 20% lebih ringan daripada model sebelumnya, dengan bekas pengecas 33% lebih kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana.

Powerbeats Pro 2

Powerbeats Pro 2 juga merupakan peranti audio pertama Apple yang menawarkan pemantauan kadar denyutan jantung, yang dimungkinkan melalui sensor optik LED khas yang mengesan aliran darah. Selaras dengan fokus kecergasan, Apple telah menjadikannya tahan peluh dan air dengan penarafan IPX4.

Powerbeats Pro 2 Heart Rate Monitoring

Fon kepala ini turut dilengkapi dengan Active Noise Cancellation (ANC) untuk menghalang bunyi luar, serta pilihan Transparency Mode untuk mengekalkan kesedaran persekitaran. Ia juga mempunyai Adaptive EQ, yang menggunakan mikrofon dalaman untuk mengimbas bentuk telinga dan mengoptimumkan pengalaman mendengar.

Dari segi bateri, Apple mengatakan bahawa fon telinga ini mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali cas, dan boleh mencecah 45 jam jika termasuk bekas pengecas. Kini, bekas pengecas juga menyokong pengecasan tanpa wayar.

Powerbeats Pro 2 sudah boleh ditempah di Malaysia melalui laman rasmi Apple pada harga RM1,049. Untuk pilihan warna, pengguna boleh memilih antara Jet Black, Quick Sand, Hyper Purple, dan Electric Orange.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!


    OPPO Find N5 bakal dilancarkan secara global pada 20 Februari


    By Alyaa Najwa February 11, 2025
    OPPO Find N5 Launch

    OPPO akhirnya akan memperkenalkan telefon boleh lipat terbarunya pada 20 Februari 2025 dengan pelancaran rasmi Find N5. Acara pelancaran global ini akan berlangsung di Singapura pada jam 19:00 GMT +8, dan boleh ditonton secara langsung di saluran YouTube rasmi OPPO.

    Bagi yang tidak biasa dengan siri ini, Find N adalah barisan telefon boleh lipat gaya buku daripada OPPO. Edisi terakhir sebelum ini, iaitu Find N3, telah dilancarkan pada tahun 2023, sementara OPPO tidak melancarkan sebarang model boleh lipat baharu pada tahun 2024.

    OPPO Find N5 Launch 2

    Walaupun lembaran spesifikasi rasmi OPPO Find N5 masih belum didedahkan, maklumat yang tertiris mengatakan bahawa ia berkemungkinan besar akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite. GSMArena juga melaporkan bahawa telefon ini akan menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan mempunyai penarafan kalis air IPX6, IPX8, serta IPX9.

    Satu-satunya perkara yang telah disahkan oleh OPPO ialah dua warna yang tersedia: hitam dan putih, yang telah dipaparkan secara meluas dalam bahan promosi mereka.

    Black
    White

    Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai harga dan ketersediaannya di Malaysia. Namun, melihat kepada akaun Instagram rasmi OPPO Malaysia yang turut mempromosikan peranti ini, terdapat petanda kuat bahawa peranti ini bakal ditawarkan di negara ini dalam masa terdekat.

    Baca lebih banyak artikel kami di bawah!