Laman Utama / Gaya Hidup / Aplikasi MAE tidak lagi menyokong iPhone yang menggunakan iOS 13 dan ke bawah bermula 31 Mac

Aplikasi MAE tidak lagi menyokong iPhone yang menggunakan iOS 13 dan ke bawah bermula 31 Mac


By Alyaa Najwa Februari 17, 2025
Aplikasi MAE

Maybank telah mengumumkan bahawa aplikasi MAE tidak lagi akan menyokong iPhone yang menggunakan iOS 13 dan ke bawah bermula 31 Mac 2025. Selepas tarikh tersebut, hanya iPhone yang menggunakan iOS 14 atau versi lebih baharu akan dapat menggunakan aplikasi tersebut.

Menurut Maybank, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha bank untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat. Oleh itu, bank menasihatkan pengguna iOS untuk mengemas kini sistem operasi mereka secepat mungkin bagi memastikan mereka masih boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Pengguna iOS yang gagal mengemas kini sebelum tarikh akhir tidak lagi akan dapat menggunakan aplikasi MAE.

Bagi pengguna iPhone yang peranti mereka tidak menyokong iOS 14, Maybank mengesyorkan agar mereka memuat turun aplikasi MAE pada peranti lain yang memenuhi keperluan sistem operasi. Namun, perlu diingat bahawa penggunaan aplikasi pada peranti baharu memerlukan pengaktifan semula Secure2u di mana-mana ATM Maybank. Proses ini akan diikuti dengan tempoh bertenang selama 12 jam sebelum pengguna boleh melakukan sebarang transaksi.

Maybank juga mengingatkan pengguna bahawa walaupun mereka masih boleh log masuk ke Maybank2u melalui pelayar peranti (device browser), mereka tidak akan dapat melakukan transaksi kerana pengesahan Secure2u hanya tersedia melalui aplikasi MAE.

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan ini, sila lawati halaman pengumuman rasmi Maybank.

Baca lebih banyak artikel kami di bawah!