Aplikasi CIMB OCTO akan hentikan sokongan untuk Android 9 dan iOS 12 bermula 25 Jun

CIMB telah mengemas kini keperluan minimum sistem operasi bagi aplikasi CIMB OCTO. Menurut pengumuman rasmi, aplikasi CIMB OCTO hanya akan tersedia pada peranti yang menjalankan Android 10 ke atas atau iOS 15 ke atas. Keperluan ini akan berkuat kuasa pada 25 Jun 2025.
Sebelum ini, keperluan minimum OS bagi aplikasi tersebut ialah Android 9 atau iOS 12 dan ke atas. Kini, dengan CIMB bersedia untuk menghentikan sokongan bagi sistem operasi tersebut, pihak bank menyeru pelanggan untuk mengemas kini peranti mereka bagi terus menggunakan aplikasi CIMB OCTO.

Dalam pengumuman berasingan, CIMB turut mengesahkan bahawa notifikasi Post Transaction Alert (PTA) tidak lagi akan dihantar melalui SMS. Sebaliknya, semua notifikasi PTA akan dihantar melalui push notification di aplikasi CIMB OCTO bermula 17 Mei 2025. Ini terpakai bagi semua transaksi yang dilakukan di laman web CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

