Tetikus Produktiviti Berkuasa AI? Razer Pro Click V2 Dilancarkan dengan AI, Ergonomik dan Prestasi Bertaraf Gaming

Razer secara rasmi telah memperkenalkan tetikus terbaharu yang memfokuskan produktiviti iaitu Razer Pro Click V2 dan V2 Vertical Edition, yang menggabungkan reka bentuk ergonomik cemerlang dengan teknologi gaming terkini. Direka untuk profesional, pencipta kandungan dan gamer yang mahukan peralihan lancar antara kerja dan hiburan, peranti baharu ini menawarkan ciri berkuasa AI, sensor ultra-tepat, serta sambungan pelbagai peranti yang serba boleh, semuanya digabungkan dalam reka bentuk moden yang bergaya.
Razer Pro Click V2 dan V2 Vertical Edition: Keselesaan Ergonomik untuk Penggunaan Jangka Masa Panjang

Mendahului barisan produk baharu ini ialah Razer Pro Click V2 Vertical Edition, tetikus ergonomik menegak tanpa wayar pertama daripada Razer. Ia menampilkan sudut 71.7° untuk meniru cengkaman jabat tangan semula jadi, mengurangkan tekanan pergelangan tangan semasa penggunaan berpanjangan. Sokongan ibu jari yang dipanjangkan dan sokongan pergelangan tangan yang tinggi memastikan pergerakan lancar sambil mengekalkan postur tangan yang santai — sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.
Sementara itu, Razer Pro Click V2 standard menawarkan kecondongan 30°, menggalakkan kedudukan pergelangan tangan yang lebih neutral. Badannya direka mengikut bentuk semula jadi tangan, dengan cengkaman sisi bergetah dan sokongan ibu jari yang diperluas untuk mengurangkan keletihan serta memperbaiki penjajaran pergelangan tangan.
Model standard ini dilengkapi dengan Teknologi Razer HyperScroll, yang menawarkan dua mod tatalan berbeza. Free-Spin Scrolling membolehkan pengguna melayari dokumen panjang dan laman web dengan pantas, manakala Tactile Cycling Mode memberikan kawalan tepat, yang sempurna untuk penyuntingan atau navigasi dalam permainan. Ianya merupakan gabungan terbaik untuk produktiviti dan gaming.
Fokus Produktiviti, Ketepatan Bertaraf Gaming

Kedua-dua model dilengkapi Sensor Optik Razer Focus Pro 30K, memberikan ketepatan resolusi 99.8% dan penjejakan yang boleh dipercayai — walaupun di atas permukaan kaca. Sama ada anda sedang mereka bentuk dengan ketelitian tinggi atau bermain pada intensiti maksimum, sensor ini menjamin ketepatan yang luar biasa.
Ketahanan juga menjadi salah satu kelebihan utama, dengan suis mekanikal yang dinilai mampu bertahan sehingga 60 juta klik — enam kali ganda daripada purata industri — menjadikannya cukup tahan lama untuk menemani sesi kerja dan permainan tanpa henti.
Untuk pengguna yang mahukan suasana kerja mereka lebih peribadi, Razer Pro Click V2 dilengkapi pencahayaan pelbagai zon dengan cahaya bawah penuh, dikuasakan oleh Razer Chroma RGB. Kesan pencahayaan ini boleh disesuaikan dan diselaraskan dengan lebih 300 permainan yang disokong, seperti Marvel Rivals dan World of Warcraft, serta dipadankan dengan peranti lain yang menyokong Chroma untuk pengalaman pencahayaan yang lebih seragam dan mengasyikkan.
Tingkatkan Produktiviti dengan Razer AI Prompt Master

Salah satu ciri utama dalam tetikus baharu ini ialah integrasi Razer AI Prompt Master. Alat produktiviti berkuasa AI ini membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan AI pihak ketiga seperti ChatGPT dan Microsoft Copilot dengan pantas. Ia memudahkan tugas seperti penulisan semula, membuat rumusan dan menghasilkan kandungan peribadi. Satu butang khas pada tetikus membolehkan ciri ini diaktifkan, menjadikan bantuan AI hanya satu klik sahaja tanpa mengganggu aliran kerja.
Beralih antara peranti juga mudah dengan sambungan pelbagai peranti 5-dalam-1, termasuk Razer HyperSpeed Wireless. Dikenali dengan latensi ultra rendah dan prestasi stabil walaupun dalam persekitaran berinterferens tinggi, HyperSpeed memastikan peralihan yang lancar antara PC, laptop, tablet dan lain-lain.
Kedua-dua tetikus ini menyokong Smart Dimming untuk menjimatkan tenaga dengan melaraskan kecerahan RGB, dan mampu beroperasi selama 2–3 hari bekerja hanya dengan 5 minit pengecasan USB-C.
Harga Razer Pro Click V2 dan V2 Vertical Edition

Razer Pro Click V2 dijual pada harga RM489, manakala Pro Click V2 Vertical Edition dijual pada harga RM589. Kedua-dua model telah tersedia untuk pembelian bermula 25 April 2025.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!

