Acer perkenal penapis air Acerpure AQUA WP3 di Malaysia

Acer Malaysia kini memperkenalkan tambahan baharu dalam rangkaian penapis airnya – Acerpure AQUA WP3. Peranti ini menampilkan reka bentuk kompak, yang menurut Acer adalah “sebesar kotak bijirin”. Untuk gambaran yang lebih jelas, AQUA WP3 berukuran 85mm (L) x 240mm (P) x 320mm (T) dan seberat hanya 2kg.
Selain reka bentuknya yang kompak, Acer menyatakan bahawa penapis air ini sangat mudah dibawa, menjadikannya pilihan ideal untuk perkhemahan dan aktiviti luar. Ia juga dilengkapi dengan ciri pelarasan altitud automatik untuk menyesuaikan titik didihnya jika anda berada di kawasan altitud tinggi (di mana titik didih lebih rendah).

Dari segi fungsi, penapis air ini menggunakan Sistem Penapisan Lanjutan dengan Penapis 4-Lapisan Disruptor & Karbon (DCF) yang mampu menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria. Penapis ini juga mendapat sijil daripada National Sanitation Foundation (NSF) dan SGS.
AQUA WP3 membolehkan pengguna menyesuaikan isipadu air antara 150ml hingga 500ml, serta menetapkan suhu dalam selang 5°C antara 45°C hingga 95°C. Acer juga menyatakan bahawa peranti ini boleh memanaskan air dalam masa hanya 3 saat.

Menurut Acer, pemasangan AQUA WP3 sangat mudah kerana tidak memerlukan sambungan paip. Selain itu, ia juga tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual, kerana teknologi pembersihan pintar (smart wash) akan membersihkan paip secara automatik tanpa perlu dibuka.
Acerpure AQUA WP3 dijual pada harga RM799 di Malaysia. Namun, pelanggan boleh melakukan pra-tempah pada harga diskaun RM499 dari sekarang hingga 16 Mac 2025. Penapis air ini boleh dipesan secara dalam talian di Acer eStore dan kedai rasmi Acerpure di Shopee, serta di kedai fizikal rakan niaga seperti Senheng, One Living, dan Sincare Zone.
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!