6 Alat Terbaik untuk Pekerja Jarak Jauh pada Tahun 2025 – Jangan Terlepas #6!
Kerja jarak jauh semakin mendapat tempat sejak Covid-19 melanda dan ia perlahan-lahan menjadi kriteria utama yang dicari oleh generasi tenaga kerja baharu. Di Malaysia, komuniti Facebook Remote Work Malaysia yang diasaskan oleh Cik Low Wan Xin kini hampir mencecah 97,000 ahli sejak 2023, satu isyarat jelas bahawa trend ini berkembang dengan pesat.
Kerja jarak jauh ada kelebihan dan kekurangannya, salah satu cabaran utama adalah rasa terasing secara fizikal. Untuk mengatasinya, ramai pekerja jarak jauh memilih untuk bekerja di ruang kerja bersama, kafe dan tempat awam lain untuk kekal bersosial. Namun, apabila bekerja di luar, kita perlu mengorbankan kemudahan yang biasanya ada di pejabat seperti soket kuasa, Wi-Fi, keselamatan barangan peribadi, skrin tambahan dan sebagainya.
Maka, kecukupan kendiri adalah penting untuk kekal produktif. Dalam artikel ini, kami kongsikan 6 alat dari Verbatim yang telah kami cuba sendiri – semuanya direka untuk meningkatkan produktiviti dan fleksibiliti anda di mana sahaja anda memilih untuk bekerja.
#1 – Monitor Mudah Alih
Pekerja jarak jauh biasanya bekerja menggunakan komputer riba kerana lebih mudah dibawa, skrin lebih besar dan lebih serba guna berbanding tablet ringan atau telefon mudah alih yang bersaiz kecil.
Namun, apabila saiz skrin komputer riba semakin besar, faktor mudah alih semakin berkurang disebabkan oleh peningkatan berat dan saiz. Di sinilah skrin tambahan menjadi penyelesaian yang praktikal – memberikan ruang paparan tambahan untuk rujukan silang atau tugasan serentak tanpa perlu menukar tetingkap setiap masa.
Perlu diingat bahawa monitor mudah alih ini memerlukan sumber kuasa luar, sama ada melalui sambungan USB-C dari komputer riba anda atau melalui palam kuasa berasingan. Jika anda bekerja di satu lokasi untuk tempoh yang panjang, pastikan anda mempunyai sumber kuasa mencukupi untuk kedua-dua komputer riba dan monitor tambahan anda.
Monitor mudah alih Verbatim tersedia dalam tiga saiz – 14”, 15.6” dan 17.3” – dan semuanya dengan fungsi skrin sentuh untuk kawalan yang lebih mudah. Bayangkan satu tangan mengawal tetikus, dan satu lagi berinteraksi terus pada skrin — gabungan ini mampu meningkatkan produktiviti anda secara signifikan. Tambahan lagi, monitor ini juga dilengkapi pembesar suara terbina dalam dan output audio 3.5mm, ciri yang jarang ditawarkan pada monitor tradisional.
#2 – Penyesuai Kuasa (Antarabangsa)
Sumber kuasa adalah keperluan utama untuk kerja jarak jauh, tetapi membawa semua penyesuai kuasa untuk setiap peranti boleh jadi satu beban. Di sesetengah tempat, soket kuasa sangat terhad, dan di sinilah penyesuai kuasa serbaguna memainkan peranan penting, menjimatkan ruang dalam beg dan mengurangkan kerisauan tentang bekalan kuasa. Ketika melancong pula, mempunyai satu penyesuai dengan kepala plug yang boleh ditukar mengikut standard negara setempat benar-benar satu penyelamat.
Verbatim Charge ‘n’ Travel Adaptor memenuhi semua keperluan ini, malah mungkin lebih lagi. Selain 4 port USB pengecas pantas di bahagian bawah, ciri kegemaran saya ialah kabel USB-C boleh tarik masuk/keluar yang disertakan, yang mana anda tidak perlu lagi membawa adaptor atau kabel tambahan. Lepas ditarik keluar, satu sentapan ringkas akan menyimpan semula kabel itu dengan kemas di sisi adaptor.
Jika anda bekerja dari tempat yang kerap mengalami gangguan elektrik, perlindungan voltan dan lonjakan arus sangat penting. Pastikan anda mencari penyesuai seperti ini yang dilengkapi dengan fius 10A dan fius gantian untuk melindungi peranti anda daripada kerosakan.
![]() | ![]() |
Warna ungu nampak cantik, kan?
#3 – Pengecas GaN
Jika peranti anda boleh dicas melalui USB-C atau kabel, anda boleh pertimbangkan satu pengecas GaN (Gallium Nitride) yang menawarkan pengecasan efisien dan menghasilkan haba yang lebih rendah. Pengecas GaN berkuasa tinggi (>65W) yang boleh mengecas komputer riba memang berbaloi walaupun harganya lebih mahal. Secara umumnya, ia mampu mengecas lebih daripada satu peranti serentak, dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan, sangat penting terutamanya apabila soket kuasa terhad!
Pengecas GaN Verbatim tersedia dalam pelbagai variasi dari 35W (2 port) hingga 140W (4 port) yang mana ianya cukup kuat untuk kebanyakan peranti mudah alih. Ciri penting lain yang patut diperhatikan ialah kepala palam boleh tukar, sesuai untuk kegunaan antarabangsa semasa melancong. Inilah pengecas yang benar-benar serba guna, menjadikan hidup lebih mudah dan beg lebih ringan.
#4 – Pengecas Tanpa Wayar 3-dalam-1
Ruang kerja yang kemas bantu pemikiran lebih jelas – tak perlu lagi bergelut dengan kabel dan pengecas yang berselirat. Di sinilah pengecas tanpa wayar 3-dalam-1 boleh lipat memainkan peranan penting, yang mana ia membantu mengurangkan kekusutan dan boleh mengecas tiga peranti serentak dalam satu rekaan yang ringkas dan bergaya.
Kadang-kadang kita lupa mengecas jam atau telefon. Jadi, memiliki pengecas 3-dalam-1 membantu memastikan peranti peribadi sentiasa bertenaga, terutama untuk aktiviti selepas kerja seperti ke gim atau mendengar muzik semasa perjalanan. Untuk pengecasan yang lebih efisien, pastikan pengecas anda menyokong protokol pengecasan pantas Qi2, yang mengekalkan pengecasan 15W untuk peranti serasi.
Pengecas boleh lipat Verbatim sangat sesuai untuk pekerja jarak jauh yang kerap berpindah antara kafe, hotel atau lapangan terbang. Apabila dilipat, ia muat elok dalam poket, seperti telefon lipat, menjadikannya teman ideal untuk mengecas jam, fon telinga dan telefon tanpa gangguan.
#5 – Dongle / Hub
Dongle atau hub sangat berguna untuk pekerja jarak jauh yang menggunakan komputer riba ultra nipis seperti MacBook Air atau Microsoft Surface yang biasanya mempunyai bilangan port yang terhad. Dengan adanya dongle, anda boleh menambah port penting seperti USB, HDMI, VGA, dan sebagainya untuk sambungan ke SSD luaran, paparan tambahan atau untuk pembentangan semasa bergerak.
Bagi pekerja jarak jauh yang menghasilkan kandungan, slot kad SD dan micro-SD juga sangat membantu untuk pindahan fail terus dari kamera ke komputer riba untuk proses suntingan segera.
Dongle seperti ini biasanya sangat serba boleh, tidak memerlukan kuasa tambahan, dan boleh juga digunakan dengan tablet atau telefon pintar untuk sambungan ke skrin luar atau akses kepada storan luaran.
#6 – Penjejak Barang
Salah satu alat yang selalu diabaikan oleh pekerja jarak jauh ialah penjejak tanpa wayar. Bila kita sering bergerak dari satu tempat ke tempat lain, terdapat risiko tertinggal atau kehilangan barang – sama ada tercicir atau dicuri tanpa disedari. Kehilangan barangan penting bukan sahaja merugikan dari segi wang, tetapi juga masa.
Di sinilah penjejak seperti Verbatim My Finder Card sangat berguna– ia boleh membantu menjejak komputer riba, beg, atau telefon sekiranya ia tersalah letak atau hilang. Ia boleh dicas tanpa wayar, menghapuskan keperluan membeli bateri jenis syiling yang biasa digunakan oleh penjejak lain. Apa yang saya suka adalah rekaannya yang ultra nipis – mudah dimasukkan ke dalam beg komputer riba atau dompet, sampai kita lupa tentang keberadaannya.
Penjejak ini sangat mudah disetkan dan berfungsi lancar dengan rangkaian Apple Find My untuk pengguna iPhone dan iPad. Dalam jarak yang dekat, ia menggunakan teknologi Bluetooth dan anda boleh mengaktifkan bunyi untuk mencari barang dengan mudah.
Untuk pengguna Android, jenama seperti Xiaomi, Tile dan Samsung juga tawarkan fungsi serupa dalam reka bentuk yang berbeza..
Bekerja secara jarak jauh di luar pejabat sememangnya mencabar tanpa alat dan kelengkapan biasa. Namun, 6 alat di atas mampu meningkatkan produktiviti anda dan menjadikan aliran kerja lebih lancar. Kini anda boleh bekerja dengan selesa sambil menikmati kopi kegemaran anda – tanpa risau tentang sumber kuasa atau sambungan peranti.
Ada alat lain yang anda rasa patut masuk dalam senarai ini?
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di media sosial kami – mungkin cadangan anda akan dipaparkan dalam edisi tahun hadapan!
Baca lebih banyak artikel kami di bawah!



